Tuesday, 5 January 2016

Kenapa Bahasa Inggeris - Melangkah ke Dunia Global

Assalamualaikum semua!

Selamat Tahun Baru. Happy New Year.

Kami dari JustSpeak berdoa agar semuanya memperoleh kejayaan yang diimpikan tahun ini, InsyaAllah.

Kami ada satu soalan. Pernah tak terfikir atau terdetik, macam mana penerimaan orang-orang di negara lain kepada Bahasa Inggeris?

Sedikit perkongsian tentang sebuah syarikat bernama Nissin Foods di negara Jepun. Mereka merupakan pengeluar makanan utama di negara tersebut sejak tahun 1948. Lama dah tu! Ada antara kita, mak dengan ayah pun belum lahir lagi tahun tu kan?

Begini ceritanya. Nissin Foods hendak mengekalkan status mereka sebagai pengeluar makanan terbesar. Dengan hanya meneruskan business di negara Jepun sahaja, tak berapa nak berkembang dan mereka tidak akan dapat mencapai objektif untuk terus kekal sebagai pengeluar makanan terbesar di Jepun. 

Jadi, apa yang mereka buat?

Nissin Foods mula mengorak langkah untuk mengembangkan nama mereka ke seluruh dunia.

Bolehkah mereka berjaya hanya dengan bergantung kepada Bahasa Nasional mereka, Bahasa Jepun? Semestinya tidak. 

Jadi apa yang mereka buat?

Mereka sedar bahawa Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa global terutamanya di dalam dunia bisnes. Jadi mereka mula belajar dan melengkapkan pekerja-pekerja mereka dengan kebolehan dan skil untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris. Mereka ingin menawan dunia, jadi mereka menawan bahasa dunia untuk bersaing dan berjaya di peringkat global. 

Kita bangga dengan bahasa kebangsaan kita, Bahasa Melayu. Itu pasti. Tetapi untuk berjaya terutamanya di peringkat global, jom kita melangkah keluar daripada 'comfort zone' kita dan mula belajar dan bercakap Bahasa Inggeris. 

Nak tonton video daripada Nissin Foods? Tekan link di bawah ini.


Jumpa lagi!
Pasukan JustSpeak

No comments:

Post a Comment