Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!
Di sekitar tahun 2015, kita banyak mendengar keluhan graduan tentang kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan. Pada masa yang sama, banyak pihak majikan yang meluahkan rasa kesal dengan graduan yang tidak dapat diambil bekerja kerana penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah.
Kami ingin berkongsi kisah Gritchin Azofeifa, seorang Financial Reporting Team Leader di syarikat antarabangsa Procter & Gamble atau lebih dikenali sebagai P&G di Amerika Selatan. Penguasaan Bahasa Inggeris beliau lemah oleh kerana tidak menggunakan Bahasa Inggeris dalam aktiviti hariannya.
Jelas, beliau tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan di sebuah syarikat terkemuka. Tetapi, beliau mula menghadapi masalah untuk berkomunikasi di sesi mesyuarat bersama pihak atasan dan rakan sekerja dari P&G dari seluruh dunia kerana bahasa rasmi yang mereka gunakan adalah Bahasa Inggeris. Keyakinan diri beliau rendah apabila menghadiri sesi latihan yang dijalankan oleh syarikatnya kerana semua sesi ini dijalankan dalam Bahasa Inggeris dan beliau tidak dapat mengambil bahagian dengan sepenuhnya kerana tidak berapa faham dengan isi kandungan sesi latihan tersebut.
Kejadian yang paling menyedihkan bagi beliau adalah apabila beliau, sebagai ketua projeknya, tidak dipertimbangkan untuk menghadiri sebuah bengkel di Warsaw, Poland kerana penguasaan Bahasa Inggerisnya yang lemah.
Sayang seribu kali sayang. Terlepas satu peluang keemasan semata-mata kerana penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah.
Ini menunjukkan betapa pentingnya Bahasa Inggeris di tempat kerja. Mungkin penggunaan Bahasa Inggeris dalam harian kita terhad, tetapi patutkah kita menjadikan itu satu alasan untuk tidak mengambil inisiatif sendiri untuk memperkasakan diri kita dengan kemahiran interpersonal yang dapat membantu kita berjaya ke peringkat global? Mahukah kita juga terlepas peluang-peluang yang terbentang di luar sana semata-mata kerana lemah berbahasa Inggeris?
Jom kita memperbaiki diri kita dengan menambah kemahiran kita untuk fasih dan yakin berbahasa Inggeris untuk boleh berjaya hingga ke peringkat global. Bayangkan betapa bangganya ibu bapa kita apabila kita telah menjadi seorang yang berjaya.
Jumpa lagi nanti!
Terima kasih
Iman Fairuza Rozhan dibesarkan
dengan pendedahan yang banyak kepada Bahasa Inggeris oleh ibu dan bapanya di
rumah, Di bangku sekolah, beliau seringkali diejek dan disisihkan kerana suka
berinteraksi dalam Bahasa Inggeris. Tetapi beliau tidak pernah patah semangat.
Beliau mempunyai pengalaman
selama 6 tahun di dalam dunia perbankan dan rekrutmen. Dalam tempoh 6 tahun tersebut,
beliau telah melihat ramai graduan menganggur kerana tidak menguasai Bahasa
Inggeris. Ada juga pegawai eksekutif yang tidak mendapat kenaikan pangkat kerana lemah dalam Bahasa Inggeris. Oleh kerana ingin membantu graduan-graduan yang juga merupakan masa
depan negara kita, beliau menyertai pasukan JustSpeak pada tahun 2013.
Sekarang, beliau merupakan seorang jurulatih yang telah melatih beribu pelajar
untuk mara dan yakin berbahasa Inggeris untuk berjaya dalam hidup mereka.
No comments:
Post a Comment