Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Di negara kita, Bahasa Inggeris ni merupakan bahasa kedua. Biasanya, kita mula belajar Bahasa Inggeris apabila kita mula sekolah, iaitu Darjah 1 pada umur 7 tahun. Di sekolah pula, kita hanya didedahkan kepada Bahasa Inggeris semasa kelas Bahasa Inggeris itu sendiri. Di waktu-waktu lain, kita akan menggunakan bahasa ibunda kita. Oleh kerana kurang pendedahan dan kurang menggunakan Bahasa Inggeris, ramai antara kita yang menghabiskan zaman persekolahan dan pengajian tinggi kita kurang yakin untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris.
Senario ini bukan sahaja terjadi kepada kita di Malaysia. Tetapi, terjadi di mana-mana negara yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Jom kita tengok satu situasi di Brazil.
Agatha Machado Alves merupakan seorang Pengurus Pembangunan Manusia di sebuah syarikat antarabangsa, AON.
Kata beliau, "7 tahun yang lepas, saya tidak bercakap Bahasa Inggeris. Selepas 5 tahun, saya dah boleh bercakap Bahasa Inggeris dengan bagus."
("Seven years ago, I didn't speak English. Five years later, I'm speaking English well.")
Beliau berasal daripada sebuah negara yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Oleh kerana ingin berjaya, terutamanya sebagai seorang pengurus, beliau mula untuk belajar Bahasa Inggeris. Memang tak akan pandai terus. Tetapi dengan usaha berterusan, selepas 5 tahun, beliau dah fasih berbahasa Inggeris. Boleh bercakap untuk dokumentari lagi!
Apa yang mendorong beliau untuk berusaha memperbaiki diri dan menambahkan kemahiran beliau? Peluang untuk berjaya yang terbentang luas. Itulah pendorong beliau.
"Dunia ini besar. Sangat besar sebenarnya. Dan dunia ini mempunyai pelbagai budaya dan pelbagai cara hidup yang berlainan. Mustahil untuk kita faham semuanya tanpa memahami dan bercakap dalam Bahasa Inggeris. Apabila kita bercakap satu bahasa yang sama untuk memahami budaya-budaya lain, terdapat banyak peluang yang akan terbuka untuk kita berjaya."
("The world is big, very big and we have a lot of cultures, different ways to live. It is impossible to understand without speaking English. When you can speak the same language to understand their necessities and behaviours, you can make good business.")
Jadi, adakah latar belakang kita di mana Bahasa Inggeris itu bahasa kedua kita patut menjadi alasan kepada lemahnya Bahasa Inggeris kita? Ramai orang dari negara lain sudah mula mengambil langkah untuk menambahbaikkan diri mereka. Walaupun mengambil masa, bak kata pepatah, biar lambat asalkan selamat.
Jom kita mula belajar Bahasa Inggeris untuk masa depan yang lebih baik.
Jumpa lagi!
Iman Fairuza Rozhan dibesarkan
dengan pendedahan yang banyak kepada Bahasa Inggeris oleh ibu dan bapanya di
rumah, Di bangku sekolah, beliau seringkali diejek dan disisihkan kerana suka
berinteraksi dalam Bahasa Inggeris. Tetapi beliau tidak pernah patah semangat.
Beliau mempunyai pengalaman
selama 6 tahun di dalam dunia perbankan dan rekrutmen. Dalam tempoh 6 tahun
tersebut, beliau telah melihat ramai graduan menganggur kerana tidak menguasai
Bahasa Inggeris. Ada juga pegawai eksekutif yang tidak mendapat kenaikan
pangkat kerana lemah dalam Bahasa Inggeris. Oleh kerana ingin membantu
graduan-graduan yang juga merupakan masa depan negara kita, beliau menyertai
pasukan JustSpeak pada tahun 2013. Sekarang, beliau merupakan seorang jurulatih
yang telah melatih beribu pelajar untuk mara dan yakin berbahasa Inggeris untuk
berjaya dalam hidup mereka.
No comments:
Post a Comment