Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Apa khabar.
Siapa sini pernah pegi temuduga, angkat tangan!
Pernah tak penemuduga tanya soalan ni, "Apakah kelemahan anda?" (What are your weaknesses?).
Soalan ini memang soalan kegemaran penemuduga. Jadi, berita baik! Anda boleh mempersediakan diri anda untuk menjawab soalan ini dengan yakin. Jom tengok salah satu cara untuk menjawab soalan ini.
Tip #1: Ceritakan bagaimana anda mengatasi cabaran
Untuk menjawab soalan "Apakah kelemahan anda", ambil pendekatan yang positif. Terus cerita tentang bagaimana anda mengatasi sesuatu cabaran. Ini akan menampakkan kelemahan anda itu sebagai suatu cabaran yang anda telah berjaya atasi dan bukan satu kelemahan.
Contoh kelemahan: Tidak suka bekerja bersendirian
Contoh jawapan: Semasa latihan praktikal, saya diberi satu tugasan untuk disiapkan secara individu. Setelah saya menerima tugasan saya, saya sedar bahawa saya tidak dapat menyiapkan tugasan tersebut seorang diri. Saya bermula dengan mencari maklumat dan beberapa jalan penyelesaian. Kemudian saya berjumpa dengan orang atasan saya untuk mendapatkan bantuan. Saya memberitahu beliau bahawa saya perlukan sedikit bantuan dan mahu berbincang dengan beliau untuk menentukan penyelesaian terbaik dalam menyiapkan tugasan saya.
Jawapan sebegini menampakkan initiatif anda untuk menyiapkan anda. Ia juga menampakkan bahawa anda berani untuk berkomunikasi dan bertanya sekiranya anda memerlukan bantuan untuk memastikan tugasan anda itu siap.
Jangan sesekali beri jawapan: Saya tidak mempunyai apa-apa kelemahan (I don't have any weaknesses). Kerana ini tidak mungkin benar. Penemuduga perlu tahu kelemahan anda. Dan mereka sangat menyukai calon temuduga yang boleh menceritakan cara mereka mengatasi kelemahan mereka itu. Setelah anda diambil bekerja, majikan anda akan dapat mengatur program-program latihan untuk perkembangan kendiri dan kerjaya anda.
Nantikan blog akan datang untuk tip seterusnya bagi menjawab soalan temuduga, "Apakah kelemahan anda?"
Jumpa lagi!
Iman Fairuza Rozhan dibesarkan
dengan pendedahan yang banyak kepada Bahasa Inggeris oleh ibu dan bapanya di
rumah, Di bangku sekolah, beliau seringkali diejek dan disisihkan kerana suka
berinteraksi dalam Bahasa Inggeris. Tetapi beliau tidak pernah patah semangat.
Beliau mempunyai pengalaman
selama 6 tahun di dalam dunia perbankan dan rekrutmen. Dalam tempoh 6 tahun
tersebut, beliau telah melihat ramai graduan menganggur kerana tidak menguasai
Bahasa Inggeris. Ada juga pegawai eksekutif yang tidak mendapat kenaikan
pangkat kerana lemah dalam Bahasa Inggeris. Oleh kerana ingin membantu
graduan-graduan yang juga merupakan masa depan negara kita, beliau menyertai
pasukan JustSpeak pada tahun 2013. Sekarang, beliau merupakan seorang jurulatih
yang telah melatih beribu pelajar untuk mara dan yakin berbahasa Inggeris untuk
berjaya dalam hidup mereka.
No comments:
Post a Comment