Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!
Dah sedia untuk mempersiapkan diri anda bagi menjawab soalan kegemaran penemuduga, "Apakah kelemahan anda?"
Tip #2: Ceritakan tentang kemahiran yang anda sedang pelajari
Penemuduga sangat suka seorang calon yang sentiasa mempelajari benda yang baharu atau yang sentiasa mencari initiatif untuk menggilap kemahiran yang sedia ada. Ini menunjukkan bahawa anda seorang yang rajin dan kuat berusaha.
Contoh kelemahan: Lemah berbahasa Inggeris
Contoh jawapan: Saya sedang berusaha untuk meningkatkan keyakinan dan kemahiran saya untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris. Saya sedar dengan kepentingan Bahasa Inggeris pada zaman sekarang. Setiap hari, saya membaca dan bercakap dengan orang di sekeliling saya dalam Bahasa Inggeris. Sekiranya saya diterima bekerja di syarikat tuan, saya pasti, saya akan mendapat lebih pendedahan kepada Bahasa Inggeris, sekaligus memperbaiki kemahiran Bahasa Inggeris saya.
Penemuduga akan sangat berminat untuk mengambil kerja calon yang peka dengan keperluan untuk meningkatkan kemahiran diri. Sebagai bakal majikan, mereka akan mengatur lebih banyak kursus dan program latihan untuk anda hadiri bagi meningkatkan dan menambahkan lagi kemahiran anda.
Jangan sesekali jawab: Saya tiada kelemahan yang perlu diperbaiki. Itu tidak mungkin. Kita semua ada kelemahan. Jadi kita mesti jujur dengan menceritakan cara-cara kita memperbaiki kelemahan tersebut. Bakal majikan suka calon yang jujur dan menunjukkan ciri-ciri orang yang berusaha.
Ada satu lagi tip untuk menjawab soalan "Apakah kelemahan anda?"
Jumpa lagi di blog seterusnya.
Iman Fairuza Rozhan dibesarkan
dengan pendedahan yang banyak kepada Bahasa Inggeris oleh ibu dan bapanya di
rumah, Di bangku sekolah, beliau seringkali diejek dan disisihkan kerana suka
berinteraksi dalam Bahasa Inggeris. Tetapi beliau tidak pernah patah semangat.
Beliau mempunyai pengalaman
selama 6 tahun di dalam dunia perbankan dan rekrutmen. Dalam tempoh 6 tahun
tersebut, beliau telah melihat ramai graduan menganggur kerana tidak menguasai
Bahasa Inggeris. Ada juga pegawai eksekutif yang tidak mendapat kenaikan
pangkat kerana lemah dalam Bahasa Inggeris. Oleh kerana ingin membantu
graduan-graduan yang juga merupakan masa depan negara kita, beliau menyertai
pasukan JustSpeak pada tahun 2013. Sekarang, beliau merupakan seorang jurulatih
yang telah melatih beribu pelajar untuk mara dan yakin berbahasa Inggeris untuk
berjaya dalam hidup mereka.
No comments:
Post a Comment