Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Siapa tahu jenama Sony, angkat tangan!
Siapa yang pernah pakai walkman Sony, angkat tangan!
Siapa yang sekarang ni ada juga produk Sony, angkat tangan!
Dekat Malaysia, Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua. Biasanya, kita mula belajar Bahasa Inggeris apabila kita mulakan zaman persekolahan iaitu Darjah 1 pada umur 7 tahun. Di sekolah pula, kita hanya didedahkan kepada Bahasa Inggeris semasa kelas Bahasa Inggeris itu sendiri. Di waktu-waktu lain, kita akan menggunakan bahasa ibunda kita. Oleh kerana kurang pendedahan dan kurang menggunakan Bahasa Inggeris, ramai antara kita yang menghabiskan zaman persekolahan dan pengajian tinggi kita kurang yakin untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris.
Bukan di Malaysia sahaja macam ni. Di negara Jepun pun sama. Negara ini lah pengasas kepada Sony dan mereka kini telah menjadi syarikat yang bertaraf antarabangsa (multi national company).
Rasanya, apa salah satu faktor yang dipentingkan oleh Sony dalam langkah mereka untuk mencapai status sebagai syarikat dan jenama antarabangsa yang terkemuka?
Iya, penguasaan Bahasa Inggeris.
Apa kata orang-orang kuat Sony?
Kata HR General Manager, Tomoko Adachi, "Sony merupakan syarikat bertaraf antarabangsa dan kami mempunyai lebih daripada 140,000 pekerja di seluruh pelosok dunia. Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang menyatukan kami semua untuk boleh bekerjasama."
("Sony is a global company and we have more than 140,000 employees across the globe and English is the tool that really ties all of us to work together.")
Zhang Yi, seorang Hardware Engineer di Sony pula berkata, "Kami harus menjalankan pelbagai ujian untuk memastikan tiada masalah teknikal dengan peralatan kami. Kami perlu memastikan spesifikasi teknikal peralatan kami disampaikan dengan tepat dan betul. Jika tidak, peralatan itu mungkin gagal untuk berfungsi. Jika kami tidak dapay berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, kegagalan itu mungkin berlaku."
("We have to go through many many tests to make sure that if you make a phone call, your TV will not stop functioning. We have to convey the exact technical specifications otherwise then it will fail. If we cannot clearly communicate in English then it's over.")
Pentingnya Bahasa Inggeris ini, sehinggakan mereka yang di Jepun juga telah menerima dan menguasai bahasa tersebut untuk boleh bersaing di peringkat global.
Kita bila lagi?
Iman Fairuza Rozhan dibesarkan
dengan pendedahan yang banyak kepada Bahasa Inggeris oleh ibu dan bapanya di
rumah, Di bangku sekolah, beliau seringkali diejek dan disisihkan kerana suka
berinteraksi dalam Bahasa Inggeris. Tetapi beliau tidak pernah patah semangat.
Beliau mempunyai pengalaman
selama 6 tahun di dalam dunia perbankan dan rekrutmen. Dalam tempoh 6 tahun
tersebut, beliau telah melihat ramai graduan menganggur kerana tidak menguasai
Bahasa Inggeris. Ada juga pegawai eksekutif yang tidak mendapat kenaikan
pangkat kerana lemah dalam Bahasa Inggeris. Oleh kerana ingin membantu
graduan-graduan yang juga merupakan masa depan negara kita, beliau menyertai
pasukan JustSpeak pada tahun 2013. Sekarang, beliau merupakan seorang jurulatih
yang telah melatih beribu pelajar untuk mara dan yakin berbahasa Inggeris untuk
berjaya dalam hidup mereka.

No comments:
Post a Comment