Assalamualaikum dan selamat sejahtera!
Dalam blog sebelum ini, kami telah berkongsi 2 cara untuk menjawab soalan kegemaran penemuduga, "Apakah kelemahan anda?"
Nak tahu satu lagi cara untuk menjawab soalan ini?
Tip #3: Ceritakan kelemahan yang tidak menjadi penghalang besar kepada kebolehan anda untuk melaksanakan kerja anda.
Pilih kelemahan yang walaupun dengan adanya kelemahan tersebut, anda tetap boleh menyiapkan tugasan anda. Kelemahan anda itu bukan satu penghalang. Sebagai seorang graduan yang kurang pengalaman, jelas kemahiran untuk memimpin masih perlu diasah.
Contoh kelemahan: Kemahiran kepimpinan
Contoh jawapan: Memandangkan saya baru sahaja bergraduat, saya belum berpengalaman dalam mengetuai atau memimpin sesebuah kumpulan atau projek. Saya juga kurang berpengalaman dalam mengagihkan tugasan atau mengarah orang lain untuk menyiapkan tugasan. Namun, saya yakin, dengan latihan yang akan diberikan oleh syarikat tuan dan dengan pengalaman yang akan saya timba bekerja dengan pasukan tuan, saya pasti, satu hari, saya akan menjadi seorang pemimpin yang bagus.
Tiada salahnya dalam mengakui kelemahan anda semasa sesi temuduga. Asalkan anda nampakkan bahawa anda ada usaha untuk menambaikkan diri dan meningkatkan kemahiran anda, peluang untuk diambil bekerja adalah tinggi.
Bakal majikan suka akan calon temuduga yang mempunyai sikap positif, berani, jujur dan komited.
Nantikan lagi tip-tip yang akan kami kongsi.
Jumpa lagi!
Iman Fairuza Rozhan dibesarkan
dengan pendedahan yang banyak kepada Bahasa Inggeris oleh ibu dan bapanya di
rumah, Di bangku sekolah, beliau seringkali diejek dan disisihkan kerana suka
berinteraksi dalam Bahasa Inggeris. Tetapi beliau tidak pernah patah semangat.
Beliau mempunyai pengalaman
selama 6 tahun di dalam dunia perbankan dan rekrutmen. Dalam tempoh 6 tahun
tersebut, beliau telah melihat ramai graduan menganggur kerana tidak menguasai
Bahasa Inggeris. Ada juga pegawai eksekutif yang tidak mendapat kenaikan
pangkat kerana lemah dalam Bahasa Inggeris. Oleh kerana ingin membantu
graduan-graduan yang juga merupakan masa depan negara kita, beliau menyertai
pasukan JustSpeak pada tahun 2013. Sekarang, beliau merupakan seorang jurulatih
yang telah melatih beribu pelajar untuk mara dan yakin berbahasa Inggeris untuk
berjaya dalam hidup mereka.