7 CABARAN YANG DIATASI OLEH ORANG YANG BERJAYA!
(dan apa kena mengena
dengan penguasaan Bahasa Inggeris ?)
Orang-orang yang Berjaya berhadapan dengan masalah dengan
cara dan perspektif yang berbeza dari orang biasa. Bila mana orang biasa Nampak
halangan, orang yang berjaya akan nampak cabaran yang harus diatasi!
Keyakinan diri mereka didalam menempuh kesulitan adalah
disebabkan kebolehan mereka melepaskan perkara perkara negatif yang pada orang
biasa , itulah yang menjadi faktor halangan mereka.
Contohnya, bagi orang biasa
yang menjadi usahawan tetapi tiada modal, mereka akan jadikan itu alasan untuk tidak
mencuba. Manakala seorang usahawan yang mempunyai ciri orang Berjaya tentunya
melihat itu sebagai cabaran dan peluang untuk mencipta rekod untuk berniaga tanpa
modal.
Martin Selignman dari University of Pennsylvania telah
membuat kajian dan beliau mendapati antara faktor penentu kejayaan hidup adalah
sama ada kita percaya bahawa kegagalan itu adalah ‘kelemahan diri’ ataupun ia
merupakan satu kesilapan yang boleh diperbetulkan dengan usaha.
Bukan hanya kejayaan yang ditentukan oleh minda dan cara
berfikir ( mindset ) tetapi beliau juga mendapati kadar kemurungan yang tinggi
yang disebabkan oleh cara seseorang itu berfikir terutama sekali melihat
sebarang kegagalan itu sebagai ‘kekurangan diri’.
Para optimis pula melihat
kegagalan sebagai suatu pengajaran dan pengalaman dan mereka percaya mereka
akan lakukan lebih baik di masa hadapan.
Minda orang berjaya memerlukan ‘emotional intelligence’ (EQ)
yang tinggi dan ujian yang telah dibuat oleh satu firma yang bernama ‘Talent
Smart’ telah mendapati 90% mereka yang berjaya mempunyai EQ yang tinggi.
Untuk mengekalkan minda orang berjaya bukanlah mudah dan
ada 7 cabaran untuk sesiapa sahaja perlu atasi. Dan inilah antara 7 halangan
yang di atasi oleh orang orang yang berjaya.
1. UMUR
Orang berjaya tidak pernah membiarkan faktor
umur menjadi penentu. Tiada istilah terlalu muda atau terlalu tua. Colonel
Sanders hanya bermula setelah umur beliau melepasi 50an serta terpaksa
merempuhi lebih dari 1000 kali tolakan ( idea beliau ditolak lebih dari seribu
kali sebelum sebuah restoran mencuba resipi beliau dan membelinya ).
2. APA ORANG LAIN KATA
Apabila seseorang itu suka membandingkan
diri mereka dengan orang lain untuk mendapatkan sesuatu kepuasan diri, mereka
tidak lagi dapat mengawal perjalanan untuk menjadi orang yang Berjaya. Orang yang berjaya tidak menghiraukan apa
orang lain kata, sebaliknya keyakinan dan rasa nilai diri ( self worth ) mereka
datang dari dalaman. Mereka rasakan jika nak dengar satu satu apa orang lain
kata, memanglah membuang masa.
3. ORANG YANG TOKSIK
Orang yang berjaya percaya mereka adalah lebih
kurang sama dengan purata 5 orang yang mereka sering luangkan masa bersama.
Orang yang hebat akan mampu membantu anda
mencapai potensi, manakala orang yang toksik adalah sebaliknya,
Orang yang toksik termasuklah orang yang negatif,
sindrom ‘mangsa keadaan’ ( semua salah orang lain dan dialah yang sentiasa
jadi mangsa keadaan ) atau orang yang malas berusaha. Orang berjaya akan
mengelakkan diri dari orang toksik sama sekali.
4.
PERASAAN TAKUT
Takut hanyalah satu emosi yang di dorong
oleh imaginasi manakala bahaya adalah sesuatu yang nyata iaitu apabila kita
mengalami ‘adrenaline rush’ apabila kita berhadapan sesuatu situasi bahaya.
Orang yang berjaya pandai membezakan takut
dan bahaya. Mereka juga sangat gemar perasaan apabila mereka berjaya mengatasi
rasa takut.
5.
NEGATIF
Di dalam kehidupan, tidak semua akan berlaku
seperti yang kita rancang atau mahukan. Contohnya, semua orang ada 24 jam
sehari, semua orang yang mempunyai pendapatan dan tinggal di sebuah negara
harus membayar cukai. Orang berjaya sangat berkira dan menghargai masa mereka.
Di kala orang lain sibuk mengeluh dan komplen orang berjaya fokus kepada apa
yang mereka boleh syukuri.Mereka juga focus kepada mencari jalan penyelesaian
dan maju ke langkah seterusnya. Bila ada sesuatu negatif datang dari orang
lain , orang yang berjaya akan menjauhkan diri mereka.
Salah satu cara terbaik menghadapi orang
yang suka komplen ialah tanya mereka apa yang mereka lakukan untuk mengatasi
masalah itu. Lazimnya mereka akan diam terus.
6. MASA LEPAS ATAU MASA HADAPAN
Masa lepas dan masa hadapan juga sebenarnya datang dari minda kita. Rasa
bersalah macam mana pun , kita tak boleh mengubah masa lepas. Macam mana rasa
susah hati terhadap masa hadapan pun, kita tak boleh mengubah atau menentukan
masa hadapan.
Orang yang Berjaya fokusnya dalah kepada masa ‘sekarang’ ( present moment
). Iaitu fokus kepada saat-saat yang sedang dilalui pada satu satu ketika. Ini
membantu mereka menjadi lebih tenang. Untuk fokus kepada ‘present moment’ ini,
kita perlu lakukan 2 perkara :
i. TERIMA HAKIKAT PERISTIWA MASA LEPAS
Orang yang Berjaya hanya mengingati masa lepas apabila mereka hendak
melihat sejauh mana mereka telah Berjaya.
ii. TERIMA KETIDAKTENTUAN MASA HADAPAN
Terima hakikat dan fakta ini supaya tidak perlu runsing dan risau tidak
menentu kerana ia tidak memberi faedah. Seperti kata-kata Mark Twain – “risau
ni u umpama membayar hutang yang anda tidak pernah ada”.