Friday, 6 November 2015

Jom Speaking !  :  Perlu ke mahir Bahasa Inggeris ni?….(Bahagian 3)

Assalamualaikum...kita berjumpa lagi nampaknya..

Ok mari sambung perbincangan kita dari topik sebelum ini : 'perlu ke mahir B Inggeris ni?'

Sebab ketiga mengapa kami nak bantu lebih ramai yang fasih Bahasa Inggeris ialah supaya lebih ramai dapat :

3.    Tingkatkan keyakinan diri

Dari pengalaman  kami melatih ribuan peserta program untuk mempraktikkan komunikasi Bahasa Inggeris, kami mendapati kebolehan meguasai bahasa dan bertutur dengan yakin di dalam komunikasi telah meningkatkan keyakinan diri secara keseluruhan terhadap diri individu tersebut.

Hampir setiap pelajar yang kami latih, mampu membuat 'public speaking' dalam Bahasa Inggeris - salah satu perkara yang digeruni oleh ramai orang di seluruh dunia iaitu 'public speaking.

Bayangkan apabila anda sudah mampu melakukan perkara yang digeruni oleh orang ramai, insyaAllah tahap keberanian anda sudah bukan di tahap biasa biasa dah.

Contohnya, salah seorang pelajar kami dari politeknik menerima tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri tetapi takut untuk menerimanya kerana takutkan penggunaan Bahasa Inggeris. Setelah melalui program kami, beliau terus berani dan menerima tawaran tersebut.



Akhir kata, terpulanglah kepada setiap individu. Tepu dada tanya selera. Bukanlah kami katakan ini ilmu yang wajib, tetapi selaras dengan tuntutan menuntut ilmu, kami sendiri mendapati banyak ilmu ilmu yang dapat diperolehi melalui penguasaan Bahasa Inggeris ini. Dan salah satu cara kami tunjukkan semangat patriotik kami kepada negara ialah dengan menimba ilmu yang boleh di manfaatkan oleh orang ramai. Semoga lebih ramai lagi yang dapat kami bantu menguasai Bahasa Inggeris ini. Amin.

No comments:

Post a Comment