Tuesday, 10 November 2015




7 CABARAN YANG DIATASI OLEH ORANG YANG BERJAYA
!
(dan apa kena mengena dengan penguasaan Bahasa Inggeris ?)

Orang-orang yang Berjaya berhadapan dengan masalah dengan cara dan perspektif yang berbeza dari orang biasa. Bila mana orang biasa Nampak halangan, orang yang berjaya akan nampak cabaran yang harus diatasi!

Keyakinan diri mereka didalam menempuh kesulitan adalah disebabkan kebolehan mereka melepaskan perkara perkara negatif yang pada orang biasa , itulah yang menjadi faktor halangan mereka. 

Contohnya, bagi orang biasa yang menjadi usahawan tetapi tiada modal, mereka akan jadikan itu alasan untuk tidak mencuba. Manakala seorang usahawan yang mempunyai ciri orang Berjaya tentunya melihat itu sebagai cabaran dan peluang untuk mencipta rekod untuk berniaga tanpa modal.

Martin Selignman dari University of Pennsylvania telah membuat kajian dan beliau mendapati antara faktor penentu kejayaan hidup adalah sama ada kita percaya bahawa kegagalan itu adalah ‘kelemahan diri’ ataupun ia merupakan satu kesilapan yang boleh diperbetulkan dengan usaha.

Bukan hanya kejayaan yang ditentukan oleh minda dan cara berfikir ( mindset ) tetapi beliau juga mendapati kadar kemurungan yang tinggi yang disebabkan oleh cara seseorang itu berfikir terutama sekali melihat sebarang kegagalan itu sebagai ‘kekurangan diri’. 

Para optimis pula melihat kegagalan sebagai suatu pengajaran dan pengalaman dan mereka percaya mereka akan lakukan lebih baik di masa hadapan.

Minda orang berjaya memerlukan ‘emotional intelligence’ (EQ) yang tinggi dan ujian yang telah dibuat oleh satu firma yang bernama ‘Talent Smart’ telah mendapati 90% mereka yang berjaya mempunyai EQ yang tinggi.

Untuk mengekalkan minda orang berjaya bukanlah mudah dan ada 7 cabaran untuk sesiapa sahaja perlu atasi. Dan inilah antara 7 halangan yang di atasi oleh orang orang yang berjaya.  

1.       UMUR
Orang berjaya tidak pernah membiarkan faktor umur menjadi penentu. Tiada istilah terlalu muda atau terlalu tua. Colonel Sanders hanya bermula setelah umur beliau melepasi 50an serta terpaksa merempuhi lebih dari 1000 kali tolakan ( idea beliau ditolak lebih dari seribu kali sebelum sebuah restoran mencuba resipi beliau dan membelinya ).

      2.       APA ORANG LAIN KATA
Apabila seseorang itu suka membandingkan diri mereka dengan orang lain untuk mendapatkan sesuatu kepuasan diri, mereka tidak lagi dapat mengawal perjalanan untuk menjadi orang yang Berjaya.  Orang yang berjaya tidak menghiraukan apa orang lain kata, sebaliknya keyakinan dan rasa nilai diri ( self worth ) mereka datang dari dalaman. Mereka rasakan jika nak dengar satu satu apa orang lain kata, memanglah membuang masa.

3.     ORANG YANG TOKSIK
Orang yang berjaya percaya mereka adalah lebih kurang sama dengan purata 5 orang yang mereka sering luangkan masa bersama.
Orang yang hebat akan mampu membantu anda mencapai potensi, manakala orang yang toksik adalah sebaliknya,
Orang yang toksik termasuklah orang yang negatif, sindrom ‘mangsa keadaan’ ( semua salah orang lain dan dialah yang sentiasa jadi mangsa keadaan ) atau orang yang malas berusaha. Orang berjaya akan mengelakkan diri dari orang toksik sama sekali.

4.       PERASAAN TAKUT
Takut hanyalah satu emosi yang di dorong oleh imaginasi manakala bahaya adalah sesuatu yang nyata iaitu apabila kita mengalami ‘adrenaline rush’ apabila kita berhadapan sesuatu situasi bahaya.
Orang yang berjaya pandai membezakan takut dan bahaya. Mereka juga sangat gemar perasaan apabila mereka berjaya mengatasi rasa takut.


5.       NEGATIF
Di dalam kehidupan, tidak semua akan berlaku seperti yang kita rancang atau mahukan. Contohnya, semua orang ada 24 jam sehari, semua orang yang mempunyai pendapatan dan tinggal di sebuah negara harus membayar cukai. Orang berjaya sangat berkira dan menghargai masa mereka. Di kala orang lain sibuk mengeluh dan komplen orang berjaya fokus kepada apa yang mereka boleh syukuri.Mereka juga focus kepada mencari jalan penyelesaian dan maju ke langkah seterusnya. Bila ada sesuatu negatif datang dari orang lain , orang yang berjaya akan menjauhkan diri mereka.
Salah satu cara terbaik menghadapi orang yang suka komplen ialah tanya mereka apa yang mereka lakukan untuk mengatasi masalah itu. Lazimnya mereka akan diam terus.


6.      MASA LEPAS ATAU MASA HADAPAN
Masa lepas dan masa hadapan juga sebenarnya datang dari minda kita. Rasa bersalah macam mana pun , kita tak boleh mengubah masa lepas. Macam mana rasa susah hati terhadap masa hadapan pun, kita tak boleh mengubah atau menentukan masa hadapan.

Orang yang Berjaya fokusnya dalah kepada masa ‘sekarang’ ( present moment ). Iaitu fokus kepada saat-saat yang sedang dilalui pada satu satu ketika. Ini membantu mereka menjadi lebih tenang. Untuk fokus kepada ‘present moment’ ini, kita perlu lakukan 2 perkara :


i.                  TERIMA HAKIKAT PERISTIWA MASA LEPAS
Orang yang Berjaya hanya mengingati masa lepas apabila mereka hendak melihat sejauh mana mereka telah Berjaya.

ii.                TERIMA KETIDAKTENTUAN MASA HADAPAN
Terima hakikat dan fakta ini supaya tidak perlu runsing dan risau tidak menentu  kerana ia tidak memberi faedah. Seperti kata-kata Mark Twain – “risau ni u  umpama membayar hutang yang anda tidak pernah ada”.



7.    KEADAAN DUNIA
Jika kita melihat berita dunia setiap hari, mesti ada berita buruk, kemalangan, pergaduhan kemelesetan ekonomi dan sebagainya. Orang yang Berjaya tidak membazirkan masa terlalu memikirkan perkara-perkara yang mereka tidak boleh kawal dan mereka sentiasa mencari apa berita baik dari persekitaran mereka.


KESIMPULAN

            
Mereka juga fokus terhadap apa yang boleh mereka lakukan untuk memperbaiki hidup mereka dan dunia persekitaran mereka.

Cara kita berfikir adalah faktor terbesar menentukan kejayaan kita. Sayangnya, ini tidak di ajar oleh sistem pendidikan masa kini yang fokus kepada proses mendapatkan maklumat.
Jika anda seorang ibu bapa, andalah guru yang paling utama untuk membentuk cara berfikir di kalangan anak-anak anda.

Jika anda seorang graduan dengan CGPA tinggi, masanya telah tiba untuk tinggalkan sejarah itu dan mula semula untuk menguasai 7 halangan di atas. Semuanya hanya melalui pengalaman dan bukan teori semata-mata. Ujian anda adalah peristiwa peristiwa sebenar yang akan anda lalui.

Di dalam program JustSpeak – kami memberi penekanan terhadap membina EQ yang tinggi supaya peserta kami yakin menggunakan Bahasa Inggeris dan boleh membuat 'public speaking' dalam masa 2 hari sahaja. Kerana kami percaya,jika mereka boleh atasi halangan ‘takut’ dan ‘risau apa orang lain kata dan ejek’ , insyaallah kami juga membantu mereka untuk membina ciri-ciri orang beraya di dalam diri mereka.

Faktor umur juga tidak menjadi halangan, peserta termuda kami berumur 13 tahun manakala yang paling ‘senior’ ialah seorang ustaz berumur 58 tahun. 

'It's never too late to be successful'


www.justspeakyouth.com

No comments:

Post a Comment