Friday, 6 November 2015

Jom Speaking !  :  Perlu ke mahir Bahasa Inggeris ni?….(Bahagian 1)

Assalamualaikum pembaca budiman. 

Terima kasih kerana sudi singgah membaca tajuk ini.
Izinkan kami memperkenalkan diri terlebih dahulu. 

Kami adalah syarikat penyedia latihan program JustSpeak – sebuah program yang telah membantu hampir 8,000 rakyat Malaysia dan Indonesia yang menghadapi kesukaran untuk menggunakan dan menguasai Bahasa Inggeris .

Kepakaran kami adalah membantu beberapa golongan iaitu :

1.      Para pelajar sekolah menengah yang masih gagal menguasai bahasa Inggeris walaupun telah 6 tahun belajar Bahasa Inggeris di sekolah rendah.
2.      Para pelajar universiti yang masih tidak mampu membuat pertuturan Bahasa Inggeris dengan lancar sebagai persediaan untuk menghadapi temuduga serta untuk masuk  ke alam pekerjaan.
3.      Syarikat-syarikat dan jabatan kerajaan yang perlukan kakitangan mereka mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang mantap untuk menjalankan operasi tugas di tempat kerja.
4.     Para ibu bapa yang mempunyai anak kecil di bawah 7 tahun dan inginkan anak-anak mereka mampu menguasai Bahasa Inggeris sejak kecil lagi.

Dan kami membantu mereka ini melalui program program seminar justspeak kami yang berasaskan teknik NLP dan pembelajaran pecut serta buku-buku digital interaktif Reading with Al yang mana anak-anak kecil boleh mula membaca di dalam Bahasa Inggeris dari rumah lagi walaupun ibu bapanya tidak mahir Bahasa Inggeris.

Baiklah , berbalik kepada persoalan tajuk blog kita hari ini. 

Perlu sangatkah kemahiran berbahasa Inggeris ni? Ye lah, ramai yang kata kita bukan nak pergi mana-mana. Bukan semua orang nak pergi luar negeri, dapat belajar ke luar negeri dan sebagainya. 

Bukan semua nak kerja dengan syarikat syarikat swasta atau syarikat antarabangsa. Sekarang ni kalau berniaga pasar malam pun,  jika betul gayanya boleh juga jadi jutawan. Semua itu rezeki Allah.

Kami memang setuju dengan kenyataan terakhir itu. Memang soal rezeki bukan soal kita dan tidak mengira bahasa. Tapi yang kami tahu tugas kita adalah berusaha. Dan salah satu usaha yang sangat dituntut ialah usaha menuntut ilmu. 

Di dalam konteks keperluan menuntu ilmulah kami merasakan pentingnya Bahasa Inggeris ini sehingga terlahirnya program JustSpeak dan pasukan jurulatih JustSpeak seramai 7 orang.

Berikut adalah 3 sebab yang kami rasakan mengapa perlunya penguasaan Bahasa Inggeris :

1.       Penguasaan bahasa adalah penguasaan ilmu.
Sejak internet diperkenalkan , kita telah masuk ke zaman ‘knowledge economy’ di mana, informasi dan pengetahuan tidak lagi menjadi ekslusif kepada mereka yang kaya sahaja. Lambakan informasi dan pengetahuan di dalam internet kini mencapai dalam jumlah ratusan juta. Video-video youtube yang mengandungi maklumat percuma boleh didapati jika di cari. 

Anak saya sendiri belajar membuat cupcake dari video youtube dan telah menghasilkan cupcake untuk dijual di sekolah sewaktu dia berumur 14 tahun lagi.  Video-video TED Talk yang menghidangkan kisah kisah dan penemuan insan-insan yang telah Berjaya mencapai sesuatu di dalam hidup mereka. Ramai dari penceramah TED Talk terdiri dari mereka yang telah Berjaya menyelesaikan sesuatu masalah untuk komuniti mereka. Banyak yang kita boleh ambil iktibar dari perkongsian mereka.

Bayangkan betapa ruginya kita jika kita tidak mengambil peluang untuk memantapkan ilmu di dada bagi tujuan memperbaiki mutu hidup dan mencapai impian. Sama ada ilmu untuk menambah pendapatan, ilmu agama, ilmu mengikut minat serta hobi, semuanya ada terdapat di dalam Bahasa Inggeris.

Ok nanti saya sambung lagi di posting yang seterusnya...

Sambil-sambil itu cuba fikir-fikirkan. Apa pendapat anda ?  Sejauh manakah kita di dalam tuntutan pencarian ilmu?



No comments:

Post a Comment