Jom Speaking
! :
Perlu ke mahir Bahasa Inggeris ni?….(Bahagian 2)
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana singgah lagi.. ;-)
Mari kita sambung perbincangan dari 'post' bahagian 1, Perlu ke mahir Bahasa Inggeris ni?
Sebab yang kedua kami ni beriya-iya nak bantu lebih ramai supaya fasih Bahasa Inggeris ialah :
2. Kebolehan menyelesaikan masalah
Kebolehan
menyelesaikan masalah bukanlah suatu kelebihan malah ia adalah suatu keperluan
untuk ‘survival’ pada hari ini. Dunia sudah berubah, cara perniagaan dijalankan
juga sudah berbeza berbanding 10 tahun dahulu.
Para graduan dan lepasan sekolah hari ini diharapkan dapat menjalankan
tugas dengan berdikari iaitu mampu menyelesaikan masalah di dalam menjalankan
tugas.
Satu kajian oleh professor dari Harvard Business School iaitu Profesor Dorothy Barton Leonard, mendapati bahawa individu yang mempuyai kemahiran “T shape “ iaitu individu yang boleh bertutur dalam dua atau lebih bahasa professiona dan boleh melihat dunia dari 2 atau lebih perspektif yang berbeza akan mempunyai kepelbagaian kognitif yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah.
Dengan
menguasai lebih dari satu bahasa, cara kita berfikir juga akan menjadi lebih
terbuka dan fleksible. Inilah yang diperlukan untuk menguasai tindakan
menyelesaikan masalah. Satu kemahiran yang sangat diperlukan oleh semua sama
ada anda seorang usahawan mahupun bekerja sebagai pelayan dikedai makan.
Ada di kalangan pembaca di sini yang bercita-cita tinggi tak? Nak jadi seseorang yang meninggalkan legasi untuk anak bangsa dan negara, barangkali ?
Fikir-fikirkan.. kita sambung lagi nanti..
No comments:
Post a Comment