Assalamualaikum,
Terima kasih sekali lagi kerana singgah di blog kami.
Hari ini kami nak berkongsi hasil kajian kami selama 7 tahun ke atas hampir 8,000 peserta program JustSpeak yang lepas. Dah lama terpendam tetapi sebenarnya kami gunakan untuk mencari jalan peyelesaian untuk mereka yang memanggil kami untuk menjalankan Program JustSpeak.
Hari ini kami nak dedahkan kepada awam dengan harapan ia akan membantu para ibubapa, guru dan mereka yang bertanggung jawab untuk berbuat sesuatu.
Para peserta kami yang lepas rata-ratanya datang ke program kami dengan ditaja oleh syarikat, guru atau majikan mereka. Jadi mereka ni sebenarnya tak lah berminat sangat nak datang ke program Bahasa Inggeris ni, kalau ada peluang cabut memang ramai yang nak cabut. Tetapi alhamdulillah, 99.99% memang habiskan program kami sepenuhnya. Yang lain terpaksa balik tu ada hal kecemasan.
Baiklah antara permerhatian kami terhadap mereka yang menghadapi kesukaran menguasai Bahasa Inggeris :
1. TIADA PENDEDAHAN TERHADAP PENGGUNAAN B INGGERIS SEWAKTU UMUR DI BAWAH 7 TAHUN.
Maksudnya, ibu bapa sama ada tidak menggunakan Bahasa Inggeris langsung , tidak membeli buku-buku mahupun memberi peluang kepada anak-anak mereka menonton rancangan TV kanak-kanak di dalam Bahasa Inggeris.
Sedangkan, umur di bawah 7 tahun adalah lingkungan umur terpantas bagi kita untuk mempelajari sesuatu yang baru termasuklah bahasa.
2. TIADA PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS LANGSUNG SELAIN SEWAKTU SUBJEK BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH.
Kunci kepada penguasaan mana-mana bahasa ialah penggunaan. Lebih banyak kita gunakan, lebih mahir dan fasih kita di dalam sesuatu bahasa itu.
3. TAKUT SALAH
Ini berkait rapat dengan cara kita berfikir dan cara kita dibesarkan. Jika kita takut salah di dalam penguasaan bahasa sampai bila pun kita tidak akan dapat menguasai bahasa itu.
4. TAKUT DI EJEK / BUDAYA MENGEJEK
Yang ini paling ramai peserta kita kongsikan dengan kami, Kalau ada yang cuba nak berlatih 'speaking' mula lah suara-suara sumbang - tak sedar diri, dah tak melayu dan sebagainya. Ini membuatkan ramai yang memilih tak payah langsunglah nak berlatih.
5. TAK TAHU BAHASA INGGERIS ITU PENTING
Yang ini pun ramai juga yang terlepas pandang atau tiada siapa yang memberi mereka pendedahan. Ramai yang menyangkakan ia hanyalah satu subjek yang mereka perlu lulus di sekolah.
Ok itu saja perkongsian kali ini. Saya lampirkan video jugak di sini untuk mereka yang lebih gemar mendengar video.
No comments:
Post a Comment